Thursday, 21 March 2013

Sejarah Tertubuhnya Negeri Johor.



Saya anak jati johor ingin berkongsi sedikit tentang sejarah Johor. Dari pengamatan saya Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh PortugisSultanMahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor

Pada waktu itu , Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau. Sebab itulah, Melaka sekarang ini antara negeri yang tiada Sultan. 

Tahu tak Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”. 

Selepas itu, Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen.

 Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

Akhirnya, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan antara yang termaju di Malaysia.


**dibawah ini saya kongsikan video tentang perjalanan Negeri Johor. harapan saya dengan penceritaan dalam bentuk video semua dapat fahami dengan mudah. sekian, terima kasih.







No comments:

Post a Comment