Thursday 30 May 2013

Tempat-tempat Menarik di Johor-5

Legoland Nusajaya Johor.

legoland-nusajaya03

Gambar persekitaran Legoland seluas 40 ekar dilihat dari atas Rotating Tower

Tempat menarik di Johor Bahru ni iatu Legoland dengan foto di atas menunjukkan track semasa dalam pembinaan,untuk gambar yang berwarna-warni suasana di sini bolehlah ke laman blogger Maya dengan tajuknya Legoland Nusajaya Johor Bahru – Part II
legoland malaysia
Bagi gambar-gambar sculpture atau patung-patung yang diperbuat dengan komponen Lego juga anda boleh singgah sekejap ke laman blogger Imaishak.com dengan tajuknya Legoland, Nusajaya Johor
Nak tengok gambar sculpture Albert Enstein meh ke blogger Odahiloh baca tajuk atau klik ke sini Legoland Nusajaya.
legoland-nusajaya03
Nak rasa jadi raksasa atau monster? Satu lagi blog yang menarik yang agak luar dari kebiasaan foto-foto Legoland lain ialah Arepnakbebel, uniknya sebab blog beliau  khusus kepada   Miniland iaitu sculpture lokasi mini di seluruh dunia. Jom ke blog beliau    Miniland di Legoland, Nusajaya.
legoland-nusajaya03
Santai dan relax tanpa hiruk pikuk tak macam hari minggu 
Junior Driving School pun ada kat Legoland ni !Nak lagi gambar-gambar foto especially Miniland  Legoland? ni lagi banyak, lg banyak daripada yang kat atas sana, ayuh pak, kita mampir  ke bloggerHaizanrunshah   LEGOLAND, NUSAJAYA JOHOR : Dunia Lego Pertama di Asia… 
Legoland ni banyak makan belanja nak-nak kalau anak ramai jadi blogger CIk Ja ni ada tip-tips jimat duit kalau nak bercuti ke Legoland , banyak juga foto2 Legoland kat sini. Tips-tips nya dari cari makan sampai ke sewa homestay yang dekat dan berpatutan. Meh kita ke blog Cik Ja  klik cni Legoland Nusajaya Johor Malaysia.
legoland-nusajaya03
Keadaan tenang, aman dan damai pengunjung pun tak begitu ramai.
Tak ketinggalan juga blogger Ciknifsha   dengan aneka ragam fotonya LEGOLAND MALAYSIA at NUSAJAYA
Tips J2C2 : Bila Waktu Sesuai Untuk Mengunjungi Legoland?
Kebanyakan daripada pengunjung-pengunjung yang datang mengunjungi Legoland mendapati bahawa cuti umum  dan hujung minggu penuh sesak , hinggakan pengunjung terpaksa menunggu antara 30 minit hingga 1 jam untuk giliran mereka menikmati permainan terutamanya rides seperti roller-coaster  dan permainan-permainan lain. Oleh itu ramai pengunjung-pengunjung yang merasakan masa terbaik adalah pada masa tengah minggu ataupun ‘weekdays’. 
legoland-nusajaya03
Cafe Knight Feast Legoland lengang

Tempat-tempat Menarik di Johor-4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya.

tempat menarik di Johor Bahru-SUK

Tempat menarik di Johor Bahru ni atau lebih dikenali sebagai Nusajaya ni memang tak sah kalau korang tak masukkan dalam senarai destinasi pelancongan kalau dah alang-alang berada kat kota paling selatan dalam Malaysia ni ya!
Di Kota Iskandar ni juga menempatkan kompleks bangunan-bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor (macam Putrajaya juga). Dulunya kawasan ni dipenuhi dengan ladang-ladang kelapa sawit dan ada juga kawasan-kawasan paya bakau terutamanya di kawasan-kawasan pesisir pantai .
Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya :Puteri-harbour
Puteri Harbour kelihatan indah dan permai dan dapat dilihat dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor
Tempat menarik di Johor Bahru menjadi bertambah-tambahlah menariknya kerana korang akan dapati Pusat Pentadbiran Johor di Kota Iskandar ni juga terletak bersebelahan jer dengan Puteri Harbour, jadi pemandangan di sini memang cantik dan menarik, indah dan permai.
Tambahan lagi Kota Iskandar ini mempunyai pemandangan yang menghadap Selat Johor, iaitu selat yang memisahkan Malaysia dan negara Singapura. Dari sini juga anda akan dapat melihat Singapura di seberang selat sana.

Kenapa anda perlu ke sini ?

-Bangunan-bangunan Pentadbiran Kerajaan ini dibina dengan senibina Melayu dan bercampur senibina timur tengah.Datanglah ke sini dan nikmatilah keindahan senibina yang direkabentuk oleh anak-anak tempatan kita ya.
-Dah alang-alang datang ke Legoland atau Hello Kitty, Puteri Harbour.Lokasinya sebelah jer…
-Satu-satunya Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri selain daripada Putrajaya yang membina pusat pentadbirannya sendiri.Jadi di negeri-negeri lain memang anda tak akan ketemukan sebegini ya pakk..
-Masuk percuma, tak macam Legoland atau Hello Kitty masuk ke sini percuma ya.
Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya
Gambar di atas ialah suasana di dalam perkarangan Bangunan SUK, iaitu Kompleks Bangunan Sultan Ibrahim,di sini banyak bangunan-bangunan yang diberi nama sempena pemimpin-pemimpin dan nama-nama sultan-sultan Johor yang lepas.
Yang di atas ni pula kompleks Bangunan Sultan Ismail, juga salah satu kompleks-kompleks bangunan di Kota Iskandar. Meriam yang korang dapat tengok kat depan tu , meriam original yang di bawa dari Bangunan SUK lama di Johor Bahru, iaitu Bangunan Sultan Ibrahim yang dibina pada tahun 1830-an. 
Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya
Bangunan SUK Kota Iskandar dari luar
Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya
Dataran Kota Iskandar juga terletak di tengah-tengah antara Kompleks SUK dan Kompleks Sultan Ismail macam yang tergambar di hadapan anda 

Tempat-tempat Menarik di Johor-3

Muzium Sultan Abu Bakar


Tempat menarik kat Johor Bahru ni banyak, salah satunya ialah Muzium Sultan Abu Bakar, lokasinya terletak kat sebelah Majlis Bandaraya JoHor Bahru.
Kalau nak tau lokasi lebih lanjut, jngan segan jangan silu korang tanyalah sape-sape yang lalu lalang kat situ. Mestui diorang tau punyer.
Muzium ini dikatakan telah berusia lebih daripada 100 tahun kerana telah didirikan oleh Sultan Abu Bakar seorang pemerintah Johor yang bijak dan pandai, hingga baginda dihormati oleh Queen of England(UK) pada abad yang ke 19 dulu dan dianugerahkan gelaran “Sir” atau His Highness Sir Sultan Abu Bakar.
Jadi tak hairanlah , residen yg dihantar ke Johor cuma menjadi pemerhati sahaja, tiada kuasa penuh sebagaimana di negeri-negeri Melayu yang lain.
Kalau korang nak tau kenape kuasa residen kat sini ciput ialah kerana negeri Johor telah pun mempunyai Menteri Besar pada tahun 1882. Di kala negeri-negeri lain bergolak tidak teratur , Johor telahpun mempunya Menteri Besar pada 1882 hasil daripada Sultan yang amat bijaksana pada masa itu .
Menteri besar Johor yang pertama pula ialah Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad (18383 Julai 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama, Menteri Besar yang pertama berfungsi dengan struktur yang amat teratur di kalangan negeri-negeri Melayu . Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882.
Beliau merupakan ayah kepada Dato Onn bin Jaafar pejuang kebebasan Tanah Air daripada dibelenggu oleh British dan Malayan Union.

Perlu diingat, negeri Johor tidak pernah ditakluk atau dijajah oleh British.Tempat Menarik Kat Johor Bahru

Kalau korang datang ke Muzium ni pastinya korang tertarik dengan sejarah negeri Johor.
                           Dato’ Jaafar Muhammad
                       Menteri Besar I Johor 1882

Tempat-tempat Menarik di Johor-2

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar

Tempat menarik yang anda tak boleh lepaskan jika berkunjung ke Johor Bahru ialah masjid Sultan Abu Bakar yang terletak di jalan Skudai menghala ke bandaraya Johor Bahru. Masjid ini yang terletak di atas bukit mempunyai pemandangan menarik iaitu ianya menghadap Selat Tebrau yang mana korang boleh nampak Singapura di seberang laut sana.
Masjid Sultan Abu Bakar
Telah dibina oleh Sultan Abu Bakar (His Highness Sir Sultan Abu Bakar s/mana anugerah Sir yang diberikan oleh Queen Elizabeth kerana Sultan Johor dianggap sebagai Sultan yang bijak dan boleh mentadbir Johor setanding dengan pemerintah Inggeris yang lain)
Dibina pada tahun 1892 dan siap pada 1900, korang pasti berasa takjub kerana masjid ini yang mempunyai senibina architecture Victorian Style dan ‘Moorish’ ini diselia selenggarakan oleh Jurutera Sivil Johor pada masa tahun 1892 iaitu Dato’ Yahya Awal.
Arkiteknya pula ialah berbangsa Melayu yang bernama Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak yang berkemahiran merekabentuk bangunan-bangunan bersejarah pada masa itu.
Ok itu dia serba sedikti pasal Masjid yang tersohor di Johor Bahru ni dan pastikan tempat menarik di Johor Bahru ni anda kunjungi bila sampai ke tanah selatan ni kalau ke Legoland tu jangan lah lupa ke sini , tunaikan kewajipan sambil menikmati kedamaian dan indahnya masjid yang dah berusia 100 tahun ni.

Tempat-tempat Menarik di Johor-1

Pantai Lido - Kenangan Zaman Silam

old-jb-town-of-yesteryear

Johor Bahru asalnya dulu ialah sebuah bandar kecil di hujung Tanah Melayu atau Malaya , keadaannya dan suasananya aman dan sentosa tidak sesibuk sekarang ini.
Pantai Lido menjadi tempat percutian penduduk dan orang-orang dari luar untuk bermandi-manda .Airnya bersih berwarna biru dan tenang sekali. Ramai yang datang memancing ikan di pinggir-pinggir pantai di sini. Begitu mudah memancing ikan di sini hingga dikatakan ikan-ikan boleh dipancing dengan menggunakan seutas benang yang diletakkan doh tepung dihujung benang.Apabila ikan memagut doh tepung tali ditarik dan ikan akan terikut sekali.!
Bot-bot dan perahu-perahu kecil boleh memudiki Sungai Segget hingga ke hulu bandar Johor Bahru.
Harga barang-barang keperluan tak mahal , malah lebih murah daripada lain-lain bandar di Tanah Melayu. Oleh kerana Johor Bahru ni terletak berjiran dengan Singapura yang dah pun bermula sebagai bandar pelabuhan entreport yang semakin dikenali di dunia , barangan yang korang tak biasa temui di tempat-tempat lain di Malaya akan ditemui di sini.
Apa yang terjadi hanya tinggal kenangan indah sahaja, Pantai Lido telah hilang ditambak, Tanjung Puteri hanya tinggal nama di dalam buku-buku dan makalah sejarah sahaja, Kuala Danga juga telah menjadi hakmilik Danga Bay, Teluk Danga juga telah hilang ditebusguna daripada paya-bakau indahnya.
Kini dan buat selama-lamanya sehingga akhir hayatku, Pantai Lido akan terus bersemadi dalam ingatanku sebagai tempat di mana aku dan adikku pernah bermandi – manda, bergurau senda menepuk-nepuk air pantai Lido yang bersih. Akan terus ku kenangi di mana aku berjalan-jalan di pantai yang pasirnya penuh dengan kulit kerang-kerangan tatkala air surut.
Untuk pembaca-pembaca dan follower blog yang kuhargai di bawah ini aku coretkan lagu Tanjung Puteri yang kini hanya menjadi simpanan di dalam lipatan sejarah sebagaimana lirik lagu ni, seolah-olah Tanjung Puteri juga akan turut bersemadi di dalam lipatan sejarah hilang ditelan pembangunan.

Tuesday 28 May 2013

Fakta Menarik Negeri Johor 4

LOGO UMNO
BENDERA UMNO
UMNO semasa ditubuh di Istana Besar, Johor Bahru, Johor pada Kongress Melayu Ketiga 11 Mei 1946. Ditengah tengah barisan hadapan ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisation ditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  • Membantah pertubuhan Malayan Union
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Dato Hamzah Abdullah
Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba)
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Maka UMNO pun lahirlah secara rasmi.