Johor Bahru asalnya dulu ialah sebuah bandar kecil di hujung Tanah Melayu atau Malaya , keadaannya dan suasananya aman dan sentosa tidak sesibuk sekarang ini.
Pantai Lido menjadi tempat percutian penduduk dan orang-orang dari luar untuk bermandi-manda .Airnya bersih berwarna biru dan tenang sekali. Ramai yang datang memancing ikan di pinggir-pinggir pantai di sini. Begitu mudah memancing ikan di sini hingga dikatakan ikan-ikan boleh dipancing dengan menggunakan seutas benang yang diletakkan doh tepung dihujung benang.Apabila ikan memagut doh tepung tali ditarik dan ikan akan terikut sekali.!
Bot-bot dan perahu-perahu kecil boleh memudiki Sungai Segget hingga ke hulu bandar Johor Bahru.
Harga barang-barang keperluan tak mahal , malah lebih murah daripada lain-lain bandar di Tanah Melayu. Oleh kerana Johor Bahru ni terletak berjiran dengan Singapura yang dah pun bermula sebagai bandar pelabuhan entreport yang semakin dikenali di dunia , barangan yang korang tak biasa temui di tempat-tempat lain di Malaya akan ditemui di sini.
Apa yang terjadi hanya tinggal kenangan indah sahaja, Pantai Lido telah hilang ditambak, Tanjung Puteri hanya tinggal nama di dalam buku-buku dan makalah sejarah sahaja, Kuala Danga juga telah menjadi hakmilik Danga Bay, Teluk Danga juga telah hilang ditebusguna daripada paya-bakau indahnya.
Kini dan buat selama-lamanya sehingga akhir hayatku, Pantai Lido akan terus bersemadi dalam ingatanku sebagai tempat di mana aku dan adikku pernah bermandi – manda, bergurau senda menepuk-nepuk air pantai Lido yang bersih. Akan terus ku kenangi di mana aku berjalan-jalan di pantai yang pasirnya penuh dengan kulit kerang-kerangan tatkala air surut.
Untuk pembaca-pembaca dan follower blog yang kuhargai di bawah ini aku coretkan lagu Tanjung Puteri yang kini hanya menjadi simpanan di dalam lipatan sejarah sebagaimana lirik lagu ni, seolah-olah Tanjung Puteri juga akan turut bersemadi di dalam lipatan sejarah hilang ditelan pembangunan.
No comments:
Post a Comment