Tempat menarik di Johor Bahru ni atau lebih dikenali sebagai Nusajaya ni memang tak sah kalau korang tak masukkan dalam senarai destinasi pelancongan kalau dah alang-alang berada kat kota paling selatan dalam Malaysia ni ya!
Di Kota Iskandar ni juga menempatkan kompleks bangunan-bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor (macam Putrajaya juga). Dulunya kawasan ni dipenuhi dengan ladang-ladang kelapa sawit dan ada juga kawasan-kawasan paya bakau terutamanya di kawasan-kawasan pesisir pantai .
Puteri Harbour kelihatan indah dan permai dan dapat dilihat dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor
Tempat menarik di Johor Bahru menjadi bertambah-tambahlah menariknya kerana korang akan dapati Pusat Pentadbiran Johor di Kota Iskandar ni juga terletak bersebelahan jer dengan Puteri Harbour, jadi pemandangan di sini memang cantik dan menarik, indah dan permai.
Tambahan lagi Kota Iskandar ini mempunyai pemandangan yang menghadap Selat Johor, iaitu selat yang memisahkan Malaysia dan negara Singapura. Dari sini juga anda akan dapat melihat Singapura di seberang selat sana.
Kenapa anda perlu ke sini ?
-Bangunan-bangunan Pentadbiran Kerajaan ini dibina dengan senibina Melayu dan bercampur senibina timur tengah.Datanglah ke sini dan nikmatilah keindahan senibina yang direkabentuk oleh anak-anak tempatan kita ya.
-Dah alang-alang datang ke Legoland atau Hello Kitty, Puteri Harbour.Lokasinya sebelah jer…
-Satu-satunya Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri selain daripada Putrajaya yang membina pusat pentadbirannya sendiri.Jadi di negeri-negeri lain memang anda tak akan ketemukan sebegini ya pakk..
-Masuk percuma, tak macam Legoland atau Hello Kitty masuk ke sini percuma ya.
Gambar di atas ialah suasana di dalam perkarangan Bangunan SUK, iaitu Kompleks Bangunan Sultan Ibrahim,di sini banyak bangunan-bangunan yang diberi nama sempena pemimpin-pemimpin dan nama-nama sultan-sultan Johor yang lepas.
Yang di atas ni pula kompleks Bangunan Sultan Ismail, juga salah satu kompleks-kompleks bangunan di Kota Iskandar. Meriam yang korang dapat tengok kat depan tu , meriam original yang di bawa dari Bangunan SUK lama di Johor Bahru, iaitu Bangunan Sultan Ibrahim yang dibina pada tahun 1830-an.
Bangunan SUK Kota Iskandar dari luar
Dataran Kota Iskandar juga terletak di tengah-tengah antara Kompleks SUK dan Kompleks Sultan Ismail macam yang tergambar di hadapan anda
No comments:
Post a Comment